.::MENGAPAKAH SAYA PERLU MEMBELI INSURAN DAN KAD PERUBATAN::.
Anda mungkin ingin membeli polisi insurans hayat atas sebab-sebab berikut:
• Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai dan obligasi-obligasi lain.
• Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
• Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
• Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara,
anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
• Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan
berikutan penyakit yang serius atau kemalangan.
• Insurans hospital dan pembedahan yang menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi di bawah polisi.
• Insurans penyakit yang amat ditakuti, atau penyakit kritikal yang menyediakan pembayaran manfaat secara sekaligus apabila anda didiagnosis menghidapi mana-mana 36 penyakit yang amat ditakuti atau penyakit-penyakit yang telah ditetapkan.
• Insurans pendapatan akibat hilang upaya yang menyediakan sumber pendapatan yang berterusan apabila anda tidak lagi dapat bekerja akibat sakit atau cedera.
• Insurans pendapatan hospital membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan, tertakluk kepada had tahunan, sekiranya anda perlu tinggal di hospital kerana penyakit yang dilindungi, tidak sihat atau cedera.
Walau apapun sebabnya, anda perlu berhati-hati apabila memilih polisi agar bersesuaian dengan
keperluan anda. Ambillah masa untuk berbincang dengan syarikat insurans atau pengantaranya
tentang polisi yang ingin anda beli.
Anda perlu mengisi borang permohonan yang menanyakan butir-butir peribadi dan perubatan
anda, jenis polisi dan amaun perlindungan yang anda perlukan.
INSURAN INFO

No comments:
Post a Comment